Kopi dan biskut sudah tersedia di ruang makan, ini saja yang mampu aku sumbatkan selubang nyawaku ini sebelum masuk ke kuliah. bertemankan Sopi yang setia, dah syiok semacam sama aku, tak mungkin kerana perasaannya kepadaku aku membencinya pula. dia juga perempuan macam aku, cuma mungkin dia sedang keliru.. keliru dengan diri sendiri.. tak mengapalah aku layan saja mahluk bertuah ini. sedang asyik menelan satu demi satu biskut ke rongga ku hinggap satu persoalan untuk Sopi yang telahlama ku pendam sejak hari pertama sesi pembelajaran ku di Kolej. " Sopi, Sabrina tu siapa? ada bah budak hot sekelas sama Huda .. cute juga ohh tu budak, repeater bah kan dia? " soal aku. " ya kenal " balas Sopi ringkas. Sepertinya Sopi tidak berapa menyukai soalan ku tadi, apakah yang telah terjadi antara Sopi dan sabrina hanya mereka saja yang tahu.
Gelang di tangan Sopi terus dipakaikan ke pergelangan tangan ku, anehnya Sopi ini, terus hinggap ciuman di dahi " Sopi anggap Huda istimewa dalam hidup Sopi, harap Huda sudi" aku terkejut dengan kata - kata yang aku baru dengari tadi. Sopi menahan ku dari pergi dan terus membuka cerita apa yang berlaku antara dia dengan Sabrina.
Sekitar tahun pertama Sopi mengenali sabrina, sabrina seorang budak yang sangat Naif dan sangat bersederhana, Sopi dan Sabrina datang dari keluarga yang berada tapi bersikap sederhana dan tidak menunjuk nunjuk,, pada mulanya Sabrina bersama Sopi cuma kawan biasa, tetapi atas sebab sikap perihatin Sopi membuahkan rasa sayang sabrina pada Sopi, percintaan mereka tidak di hidu oleh mana - mana pelajar di kolej hinggalah satu hari satu jejaka dari KL yang bernama Ashraf. mengintai Sabrina hinggalah Sabrina menghancurkan masa depannya dengan Ashraf. Ashraf kasanova di kolej itu telah meragut impian Sabrina untuk menjadi pelajar cemerlang dan terpaksa mengulangi kuliahnya di Kolej ini, dan oleh kerana Sabrina memilih Ashraf , Sopi telah meninggalkan Sabrina tanpa sebab. memahami cerita itu bukanlah mudah buat Sopi tapi hidup kena di teruskan demi masa depan dan kini Sopi dan kini dia telah masuk penggal terakhir meninggalkan Sabrina yang masih duduk di penggal 2.
Kopi yang tadi nya penuh sudah habis.. hirupan demi hirupan menyegarkan minda yang kosong, setengah jam lagi kelas dah bermula, kami pun meneruskan langkah ke susur jalan menuju ke kelas. Aku mengamati kisah Sopi yang menyedihkan tapi apalah gunanya simpati kalau Sopi mengharap lebih dari itu dari ku.
Herlina memanggilku untuk duduk bersebelahan dengannya memandangkan Sabrina tidak masuk kelas hari ini. dan tentu saja Suhaimi duduk di belakangku mengusik - gusik tudung ku.. benci sungguh aku. " Hei Huda kau tau tak kenapa aku panggil kau duduk sini, sebab aku mau kau tau yang aku dah Suhaimi pasangan kekasih tau!" Suhaimi dan aku terkejut mendengar pengakuan Herlina. "Eh apa kau cakap ni her?" sentap Suhaimi.. ; "kau jangan pura - puralah Mie.. apa kau buat sama aku tempoh hari, kau bilang aku saja perempuan yang kau mahu.. sekarang ada Huda.. ! apa lagi?!" bentak Herlina. rupanya Herlina tempat pemuas harakah Suhaimi.. benarlah Suhaimi sudah berubah sejak duduk di kolej ini, dia sudah tidak seperti yang aku kenali sewaktu duduk di tingkatan 4, kini dia hendak jadi penguasa wanita. lalu hinggap satu tamparan di mukaku Paapppp! Sabrina datang ke arahku bersama dengan Sopi. "Sudah - sudahlah Huda, semua orang nak kan kau.. dahlah miskin, kampungan .. gaya pun tada .. berambuslah kau Huda aku tak nak ko di sini, ada hati duduk kat bangku aku Puii" hinggap pulak satu ludahan kemuka ku. Hina sungguh diriku. aku tak mahu terlibat dengan mereka ini. aku cuma mahu belajar dan matlamat aku ke sini untuk belajar.. sekalilagi aku berlari ke bilik air.. menanggis dan menanggis... kesialan apa yang sedang berlaku dengan aku.
Aku pulang ke asrama dan duduk di ruang bingar melihat suasana petang, sedang pelajar lelaki seronok bermain bola sepak di padang dan.. ahhh itu... itu Albert. jejaka kepada rakan baik ku Abdul mutalib dan Rosalinda. aku rindu mereka. Albert dengan rambut yang pacak - pacak dan bertubuh atlantis tu cukup mengkagumkan aku, jiwa remaja sedang bergelora agaknya..perasaan apakah yang sedang hadir ini. Siapa sangka aku bertemu dia di sini, adakah Albert tahu aku di sini?