Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Taala, air mata Mama tidak akan mengalir lagi kerana papa, "hidup kita akan berubah ma", bisik hati kecil ku, aku lepas SPM dengan keputusan yang boleh menyambung pelajaran aku ke bidang yang aku ingin ceburi, Ya bidang yang membawa aku lebih kehadapan.. Cikgu Rina berbangga dengan keputusan Fizik aku yang beroleh B+, lalu hinggap cubitan manja di pipi kanan ku.
"Eh Suhaimi? apa ko buat ni?" . " Sebenarnya aku suka ko.. balas Suhaimi. ketua kelas yang berlagak tu rupanya menaruh hati kepada ku. Mama menarik tangan ku pergi dari laman sekolah, dan aku pula masih terpingga pingga kebingungan dengan tindak tanduk Suhaimi yang aneh itu. tanpa di sedari aku ketawa kecil mengingati cubitan si jejaka berlagak. hey apa dah jadi .. hihihi...
papa membelek kertas SPM yang aku baru terima dari cikgu Rina, " Jadi Huda nak sambung lagi belajar ka?" aku jadi diam, aku tahu soalan tu agak payah di jawab.. papa tidak begitu serius dalam membantu aku melanjutkan pelajaran, Mama pula sedang membancuh kuih cempiang kegemaran ku cuma mampu membisu. aku tahu Mama mahu aku sambung tapi apa kan daya, sejenak aku mendiamkan diri.. Papa menunggu jawapan aku .. dan bertanya dengan nada yang agak kasar ."HUDA.. Kamu nak belajar lagi ka! kenapa kamu diam! ' ..pa..pa.... Huda nak.. belajar ta tapii.. " sahut aku tersedak sedak.. . "Tak ada tapi - tapi Huda, Mama ada sikit simpanan, Huda boleh sambung belajar" tiba tiba Mama menyampuk perbualan kami. aku terus berlari memeluk Mama dan Farhan dengan kelopak mata yang bergenang. betapa Mama memahami kehendak ku . Papa diam seribu bahasa.
Suasana menjadi dingin dan hening, malam ini aku dan Farhan juga Mama menikmati ulam ulaman dan sambal yang sudah menjadi kebiasaan hidangan malam, papa pula biasa makan di luar, tak sudi menjamah makanan yang sedia ada. mungkin juga aku dan farhan sudah biasa jadi kiranya tidak pernah menjadi masaalah untuk kami memilih apa saja hidangan Mama. " Farhan nak nasi lagi ?" sapa aku melihat Farhan berselera malam itu, Farhan cuma menyorok pingan untuk menambah nasi dan mencedokan aku sedikit kuah kacang di pingan. " Terima kasih Kak" sahut Farhan.
Lama juga Sheila tidak pulang ke rumah sejak duduk dengan Makcik Seha kakak kepada mama, Tahu saja Makcik Seha tidak mempunyai anak, Sheila yang terbiasa dengan kemewahan hidup tidak begitu selesa duduk dengan Farhan dan kami sekeluarga hinggakan pernah satu ketika Sheila dan Farhan bergaduh hanya kerana beberapa ketul Ayam KFC. betapa Daifnya hidup kami dahulu.. Mama mengesat air matanya bila tiap kali menyebut nama anaknya yang bongsu itu . Tidak lama di kenang - kenangkan sheila muncul di muka pintu membawa beg galasnya. "Anak bongsu kesayangan mama sudah sampai" kata mama sebaik sahaja melihat kelibat anaknya Sheila, Farhan pula sibuk dengan ulaman yang belum habis di ratahnya.
Dengan bersahaja Sheila yang berpakaian sexy menayang dada dan rambut berwarna perang menjeling ke arahku. aku tahu adik bongsu aku begitu, tak mengapa satu hari nanti dia akan belajar sesuatu .
"Asallamualaikum...Asallamualaikum... Orang rumah ada?... " suara dari luar rumah kedengaran. Eh Abdul Mutalib rupanya memberi salam " ada apa?" tanya aku. Datang la seorang jejaka berwajah Cina menguntum senyuman kepada ku. ' aku mahu kenalkan ko sama kawan baru kita, dia ni jiran aku Albert namanya " pantas Abdul Mutalib memperkenalkan aku dengan Albert. sebaya juga dengan Abdul Mutalib. dia agak pendiam juga bila aku dan mutalib rancak bercerita lagi lagi tentang Rosalinda yang khabarnya mahu menikah hujung bulan ini. aku agak terkejut dengan khabar yang mutalib sampaikan. Albert merupakan saudara kepada Florence yang menetap di Kuala Lumpur. Albert menghulur tangan tanda bersahabat, aku pula menyambutnya dengan senyuman dan menunduk muka tanda terima. "sekali sekala keluar lah minum" ujar Albert. dalam keadaan yang agak canggung, aku memandang Abdul Mutalib dengan serba salah, kalau kalau menolak pelawaanya. tahu saja kalau papa ada, Habislah dia,. " Albert, jangan macam - macam sama anak pakcik Halim ni. nanti habis muka kau kena pukul" kata abdul mutalib kepada Albert. dalam suasana yang canggung itu kami seraya tertawa.