Episod 8 ~ Kolej yang tak Seindah khabar

......" Cik Nurul Huda Bin Halim Huzaifah.." fasilatator memanggil nama ku, hari pertama aku di Kolej bersama pelajar baru, ya dunia baru aku di rantau orang, kiranya bukan aku sahaja budak sabah yang menuntut di kolej ini. helaian tawa dan bising memecah ruang dewan suai kenal. Terasa pula seperti mendaftar Darjah Satu. Fasi memanggil ku sekali lagi dan kali ini lebih garau " NURUL HUDA !!.. PEKAK KE?" aku terpekik mendengar nama ku di panggil lalu merapatkan diri ke arah Fasi.. " ada apa kak?" tanya aku.. 
lalu dia memperkenalkan dirinya " Nama aku Uja Sofia, panggil je Sopi" balas fasi aku.. dan.. " please jangan panggil aku kakak atau Sofia atau Uji, panggil je Sopi.." ujarnya lagi. 
Oh rupanya senior aku merangkap fasilatator seorang pengkid, dari raut wajahnya memang bukan seoarang perempuan tapi aku tahu di perempuan, ntah kenapa aku tahu aku  pun tak tahu.. mungkin inilah perempuan yang boleh ditect spisis sendiri.. hahahahaha ketawa aku dalam hati.
"Sopi, Huda nak minta tolong, mana satu bilik Huda?" Sopi mengangkat beg bagasi  aku ke medan asrama, seraya di baris pertama berkumpul semua perempuan yang rata - rata dari Sabah.. menjerit dan melolong Aramaitee..  tahu lah aku semuanya dari Sabah. senang hatiku, walaupun jauh dari Mama Papa, Farhan dan Shiela tapi mereka mereka ini pasti jadi pengubat rindu. Sopi sudah berada di hadapan pintu bilik dan menyerahkan kunci kepada ku " Huda, ini bilik kamu dan kalau ada apa - apa cari je Sopi tau"  Ujar fasi aku yang lain macam gayanya. aku cuma boleh mengeleng - geleng kepala.
Esok adalah hari pertama kelas, tak sabar rasanya nak berkenalan dengan rakan baru. aku membuka zipp beg bagasi aku, dan yang pertama adalah gambar Family aku. aku letak di atas kepala katil aku lihat dan senyum pada gambar yang tidak berbicara. dan aku pula berkata " Aku baik - baik saja di sini Ma, Pa.. Farhan .. Shiela " , kepala ku merasa berat,mungkin juga kerana penat aku... Tup... Tup.. 

KRINGGGGGGG..... Siren berbunyi lonceng kedengaran di ruang asrama, jam sudah menunjukkan jam 0630PM tapi langgit masih kelihatan cerah tidak seperti di Sabah , pasti sudah gelap. yalah masa memang tidak sama begitu juga suasana di sini yang jauh berbeza " ahh lama juga aku tertidur.. " aku bercakap seorang diri dan kelibat Sopi kelihatan di pintu bilik ku senyum melihat kelatahku yang cakap sorang - sorang . " Eh kau free tak malam ni? aku nak ajak ko makan malam leh tak?" ujar Sopi, Fasi yang baru aku  kenal tadi sudah berani mengajar aku keluar. aku yang tidak mempunyai pilihan hanya mengangguk setuju tanpa banyak soal. Sopi senior aku nampaknya macam tertarik dengan aku. ; alamak matilah aku! hatiku berbisik lagi. " Siaplah cepat nanti aku ambik ko eh " balasnya mesra. Sedar tidak sedar jam sudah menunjukan jam 08.00 malam. pakai saja baju t'shirt ni tak menjadi masaalah setakat Sopi yang nak ajak aku makan pun aku banyak pikir.aku jadi binggung. Sopi memandang ku tak henti - henti dan aku pula merasa kurang selesa dengan Sopi, apa pula yang Sopi mahu dari aku.. asyik menjaga aku dari pagi tadi.. 

Baju kurung ku pakai ke kelas  untuk memulai hari pertama pembelajaran aku di kolej ini, dua pelajar bernama Sabrina dan Helina menjeling ke arahku, aku tahu mereka lebih Hot dan kaya ak macam aku, tapi persetankan saja dengan jelingan mereka . aku langsung tak mengendahkan jelingan tajam Sabrina dan Helina. Hari pertama kelas sudah ada yang hendak memusuhi ku, ada apa dengan aku sampai begitu pelihatan mereka kepada aku. " ah sudahlah, matlamat aku untuk belajar bukan untuk mencari musuh" pendam aku di hati. Entah ke mana fikiran aku melayang, buku - buku di tangan ku berjatuhan di anak tangga dan tersondol dengan satu kalibat manusia yang aku kenali, " Alamak! Suhaimi kenapa kau ada di sini!" jerit aku, Suhaimi bingkas bangun membantu ku mengangkat buku - buku yang berjatuhan tadi  " aku tahu ko sambung di sini itulah aku belajar di sini, aku nak temani kau Huda, harap ko tidak marah ma aku ya! " Ujar Suhaimi. hishhh jejaka berlagak ni masih nak dekat aku, rupanya dia masih tidak putus asa dengan aku. "apa - apalah Suhaimi, jadi kau ambil jurusan apa?" , " aku ambil bisnes dan ICT" balasnya. Punyalah jantung ku mahu meletup berderai dan berkecai, rupanya dia sekelas dengan aku.. susahlah kalau begini..  Suhaimi melambai tangan ke arahku kerana terpaksa bergesa ke pejabat am atas urusan pensyarahnya. Aku pula tak tersengaja membalas lambaiannya. "Nekad juga budak ni" ujar aku sendirian.
Tanpa di duga Sabrina dan Helina juga sekelas dengan ku, betul betul duduk di sebelah meja Suhaimi, sesuai sangat lah, dan aku pula duduk di baris hadapan supaya mendapat lebih tumpuan pada pengajian aku di sini. Mata Sabrina lebih tajam memandangku, tak semana - mana bangku patah dan membuatkan aku jatuh ibarat nagka busuk. ketawa Sabrina dan Helina juga yang memecahkan suasana kelas. aku berlari keluar menuju ke tandas untuk membaiki baju kurung Mama yang sudah koyak. air mata ku bercucuran lagi. Sabarlah duhai hati . apakah salah aku kat budak sabrina dan Helina? 
Ini betul - betul macam dalam wayang, watak antagonis lah dua orang tu dan pastinya suhaimi nak jadi mr charming . odoii nak muntah pula rasanya. aku mencatat dairi mengenai kehidupan ku di sini, air mata ku juga kecur - kecur mengalir keluar tiap kali menitip dairi.. dan lelaki itu sungguh menyakitkan hati kenapa asyik nak menjejak aku. Suhaimi menunggu aku di korridor dan mendapatkan aku segelas air, " Huda ok ka? peduli la tu dua perempuan memang begitu tu, diorang tu buak KK bah tapi student repeat, lama juga diorang sini, Sabrina tu girlfriend si Sopi tu, ko kenalkan si Sopi? " pesan suhaimi kepada ku, jadi barulah aku tahu kenapa sabrina dan Helina membenciku. " dan Helina pula?" tanya ku ke Suhaimi, Suhaimi cuma membisu dan cuba mengubah topik perbualan kami,  " Huda, Jum kita buat kelas malam, kat kolej ni ada buka kelas malam" aku terus berlalu meninggalkan Suhaimi tanpa sebarang jawapan..  biar la kau sana Suhaimi, dan Helina, aku pasti ada sesuatu sebab ko benci aku. mesti ada kena mengena dengan Suhaimi. si belagak itu.