Senyum sendiri aku mengingati kejadian semalam, seorang jejaka yang baru di perkenalkan oleh Abdul Mutalib. Albert namanya, jejaka tu agak comel, tapi ini belum masanya untuk aku menikmati cinta, aku harus berjasa untuk keluarga, termenungku terganggu seketika bila Sheila meyergahku untuk memasak nasi di dapur, Lapar katanya . Adikku yang semalam baru tiba juga membuat ku haru biru.. " Sheila dah biasa senang ,sekarang cuba belajar berdikari" ujarku kepada sheila dengan nada lembut, Farhan pula masih tidur lena di bangku, aku cuma mampu mengeleng kepala. Sheila yang merasa tidak senang dengan teguran ku terus mendapatkan Mama. Tiba - tiba satu dentuman kuat di birai katil DHUUMMM... kuatnya dentuman dari bilik Mama, tanpa berfikir panjang , aku berlari kebilik mendapatkan Mama. MAAAAA!!! teriak Sheila terkejut melihat Mama yang terbujur kaku . "Farhan.. bangun Farhan .. tolong kakak." aku membangunkan farhan dari mimpi lenanya. terus mengambil kunci kereta dan membawa Mama ke Hospital.
Mama terbaring kaku tapi mata mama berkelip kelip.. Mama mengalirkan air mata, mama tak boleh berkata - kata.. Mama jatuh lumpuh. Ya Allah dugaan apakah untuk kami ? Hatiku menjerit.
Susur jalan di ruang legar Hospital jadi hingar bingar, Papa dah sampai dengan wajah yang cemas "Huda, Mana mama kamu?!" , " Pa.. Mama ada di Wad tingkat 4. kena tahan Pa" balas aku, Sheila pula duduk di bangku sambil melayan SMS kawan - kawannya. Ntah kenapa anak itu seperti tidak punya hati, ntah apakah yang Makcik Seha ajarkan kepada adik bongsu ku itu, Farhan pula menutup muka dengan wajah hampir tidak percaya, selama di rumah bersama Mama, Farhan lah yang menjaga Mama. Papa mendapatkan Mama di wad sejurus itu memanggil jururawat untuk menjaga Mama. Nampak kekesalan di raut wajah papa. Sedar yang Papa banyak buat salah pada Mama.. Papa insaf dan kesal kerana mengabaikan Mama hingga Mama jatuh sakit. Atas rasa kurang percaya diri, aku merasakan seperti berkata dua untuk menyambung pelajaran atau tidak apabila melihat keadaan ini, Aku menyambung pelajaran juga demi mencapai Impian Mama. "Tuhan berikanlah Huda petunjuk" keluh aku.
Tiba saja di laman rumah, aku menerima Surat tawaran di kajang Selangor untuk mengambil jurusan bisnes dan ICT. aku tak pasti perlukah semua ini, aku duduk di anak tangga berfikir dan terus berfikir. "Hai Kak Huda.." Shiela menegurku, aku cuma mampu melihat dan diam. Shiela memberikan aku segelas air sejuk, seolah olah dia tahu aku sedang galau. Galau dengan Ujian yang sedang melanda dalam hidupku. " Kakak sambung lah belajar, tak mengapalah kak, biar sheila jaga Mama " kata shiela, aku jadi tersentak.. Sheila yang berperwatakan sexy dan angkuh itu rupanya berhati perut. atau aku yang silap menilai adik ku itu. tak semana mana aku dan Shiela berpelukan . "Maafkan kakak, kakak salah sangka sama shiela" ujarku. Sheila menerima maafku dengan memelukku sekali lagi. betul lah jangan pernah menilai buku dari luaran. Tatkala dalam sendu sedan, Suhaimi datang ke rumah menyatakan bahawa dia pun menerima Tawaran sambung belajar di Kajang. " Mari Huda kita study sama2" pintanya. "tak bolehlah Suhaimi.. Mak aku sakit" balas aku. Sheila yang diam dalam bicara menarik tangan aku ke Suhaimi. " Abang Mie, suruh jak kak Hud ikut Abang Mie, shiela boleh jaga mama" sampuk Sheila. Suhaimi memandangku dengan harapan.. dan aku pula masih memikirkan Mama.
"Hari ini hari Isnin, semua pejabat buka, senang sikit nak berurusan,..." ucapku sayup2 .. macam tak betul ja cakap sorang - sorang.. semua nak kena siap ni, baju boleh pakai lagi untuk di bawa ke kolej nanti. tak payah membeli baju , pakai saja yang ada" bisik hati kecil ku,. Farhan membantu aku untuk berurusan, adik aku Farhan memang memahami. Suhaimi pula masih menanti jawapan dari aku, aku lemas bila berfikir tentang Suhaimi. aku jadi rimas.. padahal dahulu dia juga sering berlagak dengan ku. drama apa yang sedang berlaku saat ini? aku bertanya - tanya seorang diri.. dan Albert? jejaka yang baru di kenalinya, sering muncul hilang di benak fikiran.