Cikgu tak masuk lagi.. khabarnya cikgu sakit perut, nampaknya kelas akan di batalkan lagi, aku bingkas mendapatkan buku nota semalam, banyak juga tak bertulis lagi.. mungkin kerana kerja semalam membuatkan aku jadi keletihan dan tak sempat menyiapkan kerja yang di beri oleh Cikgu.
Suhaimi, ketua kelas dari beufort yang agak berlagak, dia ingat dialah paling hensem di dalam kelas, selalu saja menyakat aku " Huda minta puji.." itulah yang sering keluar di mulutnya, ntah apa saja yang sering di fikirkan oleh anak itu, Mama berpesan kepada aku .. masa depan di tentukan dari peperiksaan akhir SPM nanti.. ya aku ingat itu mama.. inilah tahun pertama aku untuk mendapatkan Skor terbaik untuk SPM yang bakal menjelang. Ya Cikgu sudah sampai.. " buku teks ada bawa ka?" sapa cikgu.. aku terus binggung melihat ke dalam beg yang cuma berisi subjek matematik dan sains. tapi buku Fizik tidak terbawa.. nampaknya terpaksa buat muka tebal lagi dengan Suhaimi yang berlagak tu. Ntah kenapa aku suka sakat dengan budak yang berlagak ini. Aku sendiri pun tak tahu.
"Suhaimi.. boleh ka kita share" aku tegur memandang ke matanya. " bah kalau ko nda malu sinilah ko" yakin saja aku meluru ke kerusi kayu bersebelahan dengan Suhaimi, mesti dia makan hati dengan aku. yala selaku ketua kelas tapi perasan hensem memang begitu agaknya. kelas pun bermula. dan pelajar dalam kelas membuat muka skema.. takut takut dapat soalan cepu emas dari Cikgu. Cikgu memandang muka satu persatu tepat meluru ke aku. Soalan power power juga di kasi oleh Cikgu. Nama Cikgu ni.. Cikgu Rina. agak garang dan tegas.. "haiyo.. kenapalah semua dalam kehidupan ku berdepan dengan mahluk ganas ganas.. cukuplah aku berdepan Papa yang sekian garang... nikan pula Cikgu Rina . omaigod".. aku mengeluh. Suhaimi menarik buku fiziknya tadi kerana aku kurang fokus. " Ah peduli lah kau sana Suhaimi kedekut..." tapi soalan Cikgu tadi tidak pula ku jawab . " Silakan berdiri di atas kerusi Huda!" jerit Cikgu .
Apa - apa sajalah .. aku memang kurang Fokus bila sudah memikirkan papa.
sekejap lagi waktu makan tengahari, belanja bulanan yang mama kasi cuma RM30.00 sebulan. belum lagi bayaran asrama sekolah. aku hidup cukup cukup saja tak sama macam pelajar lain yang berbelanja makan saja masuk Rm5.00 sehari yang pada waktu itu besar nilainya. aku pula terpaksa berjimat memikirkan farhan yang juga bersekolah. cukuplah sirap Rm0.50 dan Mee goreng kosong . sepetang itu aku menikmati makanan yang sedikit itu seorang diri di dalam kelas walhal adalah di larang untuk makan di Kelas tetap aku tidak patuhi. walaupun di sediakan kantin untuk makan. aku mulai mengenal segan bila bercerita tentang belanja makan. aku segan sangat. tak lama lagi kelas mahu habis... tiba tiba masuk pelajar baru, Cikgu Rina masuk memperkenalkan pelajar baru itu.. " Ini dia kawan baru kita di perkenalkan nama dia Florence" aku tercenggang.. " ahh akhirnya kawan baik aku datang .." Florence senyum melihat aku lalu menyediakan bangku untuk dia di sebelahku.. Syukur alhamdulillah.
Cikgu Rina memanggilku di hadapan kelas lalu spontan memberitahu bahawa akulah penolong ketua kelas kepada Suhaimi budak berlagak itu. "Terima kasih Cikgu" dan diam tak berbahasa. Bermulalah Kita perang aku dan Suhaimi di bantu oleh penasihat aku merangkap Florence teman baik aku. Lonceng kelas berbunyi dengan gamatnya menunjukkan masa telah tamat.. aku dan Flo bergerak menuju ke ruang Asrama untuk mempersiapkan diri .