hatiku mulai di sampuk gelisah.
sedar tidak sedar Jam telah menunjukan jam 0300PM , pantasnya masa berjalan membuat langkahku menjadi lebih longlai, Mama Ros memegang bahuku lalu bertanya keadaan mama " Mama Huda sihat?" akupun membalas " Dia sihat Auntie syukurlah" Papa Ros baru muncul dan menyiapkan keretanya untuk menghantar aku pulang, Flora dan Rosalinda memandang aku sayu " Jumpa lagi di sekolah Ros.. Flo" mereka melambai kearahku dan ku balas dengan senyum nan hambar.
Papa menyambut aku di muka pintu, aku pula melihat muka papa.. berdetik juga di hatiku.. papa penat mencari rezeki untuk kami, jarang dia pulang ke rumah kerana tugas kepada negara. waktu itu macam macam berlaku, suka atau tidak itulah kerja papa untuk mengisi perut kami di rumah. Kadang - kadang aku terfikir, tak mengapa Papa lakukan ini semua kerana menyayangi kami, Cikgu di sekolah selalu berpesan syurga di telapak kaki ibu, berkat ada kepada kedua orang tua, jangan sesekali menolak atau berkata tidak, kerana dosa dan pahal mudah datang dari mereka. Ingat akan pesan Cikgu. aku meredhai apa yang terjadi kepada ku hingga sekian lama di perlakukan sampai umurku menjangkau 17 tahun.
Ketika ini aku memutuskan untuk berpindah sekolah ke Sekolah Teknik, mengambil kursus extra untuk di manafaatkan, Mutalib, Flo dan Rosalinda masing - masing mencari hala tuju di tempat lain dengan harapan mendapat skor terbaik untuk masa depan yang cemerlang . Dengan suasana yang serba baru itu aku bertemu dengan ramai orang , mulanya aku merasa sedih meninggalkan Mama dan Farhan adikku sayang, juga papa yang tak terlupakan walaupun sering menyakitiku. Bingkas aku mempersiapkan diri dengan membeli kelengkapan asas yang pastinya tak berapa lengkap. "Tak mengapalah" Bisik hati kecil ku. berbekalkan iltizam aku berharap mendapat ilmu berguna untuk di gunakan di hari kelak. Lamanya aku mengelamun ..
tiba - tiba.. sewrentak para pelajar bangun memberi salam menjemput Guru kelas kami untuk sesi pertama pembelajaran .. " Asalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ..." seria semua