Hari berganti hari, berganti tahun usia makin meningkat, tapi papa masih belum m ahu berubah, Tuhan .. Kuatkan la hati huda, kasihanilah Mama dan adik - adik. Huda dah tak sanggup menanggung berat hati dan pedihan mama. aku telah tamat dalam PMR. Boleh tahan juga keputusan ku ini, aku boleh masuk ke kelas yang paling bagus dalam sekolah, Petang itu aku membeli Roti yang di bakar dengan kacang mentega dengan sebungkus sirap Ros.. waktu itu itu saja yang mampu aku peroleh dari kantin sekolah dengan wang sebanyak RM1.00 setiap hari. tak mengapa.. Mama pesan inilah matlamat ke sekolah.. Mutalib datang menyapa ku " Hai Huda .. sendiri saja?" aku tengok Mutalib membawa cheese burger dengan Coffee Latte.. wow sedapnya.. ."Nampak sedap bekalan kamu" tanpa banyak bertanya Mutalib memberiku makanan itu, sepertinya dia sengaja mendapatkan makanan itu untuk aku. ya mutalibkan anak orang kaya.. aku membalas mutalib dengan senyum simpul.. "terima kasih frennn ko jugak laa yang faham fevret aku" ujar aku. walhal aku tak pernah mendapatkan makanan sesedap itu. tidak lama kemudian, Flo dan Roslinda tiba menjamu makanan di ruang kelas yang sederhana. "Florence dapat 5A" jerit Roslinda... betapa kagumnya aku mendengar pekikan Ros.. tak sangka, Florence seorang yang cantik, bijak dan agak brutal itu betul - betul buat aku rasa kagum. "kau memang hebat Flo.. nah ambil la separuh Burger Cheese yang sedap nih.. Mutalib belanja" Ujar aku. Suasana sangat Hingar bingar.. kami gembira berkongsi makanan dan berketawa. entah bila lagi aku boleh rasa gembira begini bila tiba di rumah nanti.. pastinya kembali suram hidup ku. saat itu baru aku menyedari rupanya hidupku ini penuh dengan kepahitan dan kesedihan.
Jam telah menunjukan pukul 05.00 petang, waktu sekolah telah habis. aku mengangkat beg dengan keluhan yang besar .. Flo perasan dengan keluhan ku yang panjang itu " Kenapa Huda? Kau ada masaalah?" dengan tak semana - mana aku rasa tak ingin balik kerumah. sepertinya aku rasa macam duduk di Neraka. Petang itu juga aku tiba di rumah dan membungkus beberapa helaian baju " Mama.. Huda nak lri dari rumah" .. tapi mama buat - buat tidak dengar. "Mama .. Huda nak tinggalkan rumah ni" Ujarku lagi.. baru la mama membalas " nak kemana juga tu Huda... ?" seakan - akan mama tak percaya apa yang aku buat lalu dia membiarkan aku pergi..
Dengan beraninya aku ke rumah Rosalinda yang berada di Kg Unta yang banyak penjahat itu aku gagahi sahaja langkah ku ini hinggalah sesampainya aku pintu rumahnya .. rosalinda separuh terkejut "Hi Huda .. ko dari mana juga?" .. " boleh aku tumpang umah ko .. semalam jak" balas aku. lalu bingkas bangun Mama Rosalinda mengambil beg kain ku. dengan air mata yang bergenang aku ceritakan semuanya kepada mama Ros.. "maafkan Huda untie.. Huda tak tau nak kemana lagi" mama Ros mengelap air mataku.. dan tersenyum " tak mengapa Huda.. kamukan kawan baik Ros.. untie faham, Rosalinda banyak cerita sama untie" waktu itu aku tak rasa keseorangan \, mama ros dan Rosalinda juga sering bertukar- tukar cerita, tidak lama hari makin gelap. Rosalinda menelefon Florence untuk bermalam di rumah Rosalinda.. tak lama selepas itu Flo pun tiba dengan muka tercenggang.. dan Rosalinda pun menarik tangan Flo ke bilik.. " Huda ada masaalah" kata Ros.. Flo yang memang mengerti akan permasaalahan yang aku alami.. turut menanggis dan memeluk aku. " jangan sedih Huda.. Flo dan Ros ada sini " Bisik Flo.
pada saat itu la aku tahu siapalah kawan sebenar .. Abdul Mutalib, Florence dan Rosalinda lah kawan ku yang aku tak akan lupakan.
Jam sudah masuk 1200 malam. masa untuk tidur..tiba - tiba satu ketukan keras berada di ruang tamu. .. Tok.. Tok.. Tok... Daun pintu di buka dan kini terlihat muka Papa yang merah padam. Alamak.. papa ada di sini aku sudah ketakutan . Mama Ros sedang sibuk membancuh minuman dan menghidang papa di ruang tamu lewat malam.. malam itu suasana agak tegang. Flo dan Ros sudah lelap tidur.. lalu tak lama selepas Mama Ros dan Papa berbincang , aku di benarkan tidur dirumah Rosalinda untuk semalam.. perasaan ku makin takut kerana aku pasti apa yang akan jadi pada ku esok hari.. Mama Ros.. berkata pada ku " Huda jangan susah hati mama Ros dah minta Huda tinggal sini semalam.. esok semuanya akan baik - baik saja"
harap - harap la apa yang mama Ros katakan pada ku benar belaka.
Malam itu aku tidur .. aku mimpikan Mama dan adik - adik... apalah yang sedang mereka buat sekarang.