Episod 2 - Kawan, Sekolah dan Kisah Papa Terbongkar

Kini sedar tak sedar aku sudah remaja dan menuntut di Sekolah Menengah Angsana, mulanya aku merasa cemas dan takut bercampur baur. tak sangka aku boleh pakai kasut Hitam sekarang, dulu tak boleh pakai sebab cikgu marah. semua baju beg kasut serta pekakas sekolah serba baru, "terima kasih mama papa" bisik hati kecil ku. kerana terlampau gembira aku jadi sedih. mesti mahal semua ini. belum lagi budget bulanan nak bayar asrama dan makan minum Huda tapi tak palah bukan selalu juga. aku dapat kelas Bunga Mawar kelas ke 2 dalam sekolah, sebab pemikiran masih keanak - anakkan, Huda merasakan diri ini  agak pandai tapi tentu ada yang lebih pandai sebab Kelas Bunga Orkid kelas 1. dan pada ketika itu aku berkawan baik dengan Abdul Mutalib dan Rosalinda. Abdul mutalib merupakan ketua kelas Bunga Mawar dan dia sangat bijak dalam Matematik juga Rosalinda yang pintar dalam mata pelajaran Ingerris buat Huda suka untuk berkawan dengan mereka sebab mereka membantu huda dalam pelajaran.
Waktu Rehat telah bermula aku mengajak Abdul Mutalib dan Rosalinda makan bersama, ketika aku dan kawan sedang menjamu selera, sekumpulan Pelajar perempuan agak kurang senang dengan hubungan baik aku bersama Abdul Mutalib, dengan ramahnya aku pun mengajak mereka makan bersama, dan bertanya" jemput la makan.. awak siapa nama?" Aku Florence dan ni semua tempat aku dan kawan aku, kau tak boleh duduk sini" balas perempuan itu selamba. sebab aku merasa terhina di hadapan kawan barunya itu, "Ni tempat sekolah bukan bapak kau yang Punya. Suka hati aku la nak duduk mana!" balas ku.
kerana rasa jauh dari orang tua aku terpaksa memberanikan diri untuk berhadapan dengan kumpulan  geng samseng sekolah yang suka tunjuk lagak. dalam kelas juga banyak yang tak sukakan ku, akupun tak tahu kenapaaku di benci dan tak di dampingi, bagi aku tak apa tempat belajar. cukup la aku belajar sahaja, tak perlu nak cari pasal di sekolah takut lagi kalau kalau Papa naik angin lagi bila tahu aku bergaduh di sekolah.
Balik dari seharian belajar tak jauh dari Sekolah Menenggah Angsana ada satu Perpustaakan, aku suka ke sana, banyak yang aku boleh belajar daripada duduk rumah menunggu Papa cari kesalahan aku lagi.
sejak itu aku sudah tidak merapati Papa sebab Papa sangat jahat pada ku, walaupun mama selalu kata " papa sayangkan Huda" tapi hati ku tetap menyatakan Papa senang menyakiti aku. Mama saja yang menemani Huda dan hanya fahami huda,
Hinggalah satu masa Mama sudah penat berleter agar aku faham agar aku percaya yang papa buat semua untuk kebaikan kami. tapi kenapa Papa tak seperti papa yang lain.. hantar anak mereka kesekolah. teman mereka. bercerita dengan anak mereka? tapi kenapa papa lain? Bila jumpa saja, pasti papa akan memarahi ku. apa salah Huda?
sampailah satu hari Florence memberitahu bahawa dia pernah menemui Papa Di Kampung Chermai di daerah Long pa Sia. Florence memberitahu aku bahawa Papa menyimpan seorang wanita dan wanita tersebut sudh pun di nikahi papa secara haram. bermati matian juga aku menafikan tuduhan yang dlemparkan terhadap papa ku. Florence hanya tersenyum sinis lalu meninggalkan kata - kata.. " Pedulilah kalau kau mo percaya atu tidak". buat aku berfikir.. Flo benarkah yang kau katakan itu.. andilah mama tahu betapa hancurnya kepercayaan mama terhadap papa selama ini. aku juga langsung merasa di khianati oleh papa dan berharap apa yang Florence ceritakan itu adalah tidak benar sama sekali.
Kerana aku berasa tidak sampai hati, dalam diam aku memberitahu mama, sekali lagi air mata mama mengalir. "apa sudah aku buat ini? betul ka tindakan aku ni?" k\berkata - kata di benak ku.
"Huda tolong siasat sama kawan Huda si Florence tu ya" mama meminta kepastian.
ini kali la aku sama Florence menjadi begitu akrab, dengan senang hati Florence sudi membantu ku tanpa mengharap balasan dn akhirnya.. kenyataan itu terbongkar juga.
Patutla Papa tekanan di rumah dan jarang balik rumah, Mama sudah punah hatinya. Papa pula memujuk mama untuk memaafi dia, tapi inilah wanita sekeras keras hati boleh cair. Papa memang tak guna. sejak itu aku tak mahu percaya papa lagi. Papa senang senang melafaz Talak kepada wanita yang baru di nikahi nya, Zalimnya Papa. bayi yang di kandung oleh wanita itu turut mati dalam kandungan, mungkin kerana terkejut menerima kenyataan dari papa untuk memutuskan hubungan dengannya.
sejak itu aku memutuskan untuk tidak tinggal di asrama. aku mahu teman Mama.. mama betul - betul kuat menerima dugaan. walaupun begitu sedikit pun tidak mampu menjatuhkan mama untuk berusaha mencari wang lebih yang tak mampu di adakah buat Papa untuk nya. walhal itu la biaya Huda dan adik - adik ke sekolah. sekali lagi... Papa memang tak Guna !
Sejak kejadian itu Aku, Florence menjadi lebih rapat, begitu juga Abdul Mutalib dan rosalinda, masing - masing berkongsi ilmu dan pendapat serta hobi yang sama iaitu Ke Perpustakaan.