" Huda... Huda....!! " Mata melihat sekeliling dan cuba mengamati suara itu , suara itu memanggil ku, Oh mama yang bangunkan aku dari tidur, mama sedang memasak awal pagi untuk buat jualan. Aku tengok muka mak yang keletihan, kasihan mama buat kueh pagi - pagi lepas ini huda lah yang menjual kueh - kueh itu di sekitar taman perumahan Sri Permai. "Kueh ni nampak sedap sepuluh sen satu keping je, tapi buat nya bukan alang alang penat" keluh aku, mama pukul buntut aku sebab mulut aku celupar. pasni mama nak bawa aku mandi.. seronoknya mandi sama mama, selepas ini boleh la menjual kan Ma? tanya aku.. mama pula hanya tersenyum melihat gelagatku.
Tok.. Tok.. Tok.. pintu rumah berbunyi papa dah balik, pelan pelan aku buka daun pintu tengok papa dengan barang - barangnya. mama lekas lekas ke dapur menyiapkan kopi buat papa. Huda mari sini! panggil papa.. aku pun datang menerpa muka papa " Ada apa Pa? " sambil membawa buku sekolah sebab aku tahu papa mahu tengok buku latihan aku. di tangan papa sudah ada rotan, silap sikit aku mesti di pukulnya. Pakkkkkk!!! tak sempat aku mengelak, Rotan sudah mengena di badan ku, "Kerja sekolah kenapa tak siap ?" Marah papa.. aku diam terkedu, ingatkan nak buat nanti malam tapi awal - awal lagi papa dah pukul Huda. adik - adik bersembunyi di dalam bilik kerana ketakutan.. Pakkkk!! sekali lagi rotan hinggap di badan ku. tapi ntah kenapa mama diam saja. mungkin hendak mengajar aku. aku redha menerima hinggapan demi hinggapan apa pun sakit di tahan sebab mama pernah kata, itu untuk ajar kamu jadi orang berguna.
Oleh yang demikian aku pejamkan mata saja menahan sakit pukulan rotan papa.
Masa telah menunjukkan jam 1200 tengah hari , masa makan sudah tiba, papa mama serta adik - adik sudah duduk semeja. Papa memandang kami bagai nak makan orang, Syeila dan farhan sudah takut hendak mencedok makanan. sebab tak berani makan depan papa, " ambil apa yang dekat saja lah sheila" sampuk aku.
makanan aku tak ubah macam makanan kucing, "gaul semua sekali baru sedap hehhhe" kata ku.
papa sudah kenyang senang hati baring di hadapan radio sambil mendengar lagu celine dion. wahhhh jiwang juga papa ku. Mama pula masih lagi di dapur terperuk dengan kain dan pinggan mangkuk hinggalah ke petang.
waktu ke surau sudah tiba, azan mulai bergema di telinga, mukadam dan sejadah turut di bawa. Ramai anak - anak taman Sri Permai turut turun padang. aku bawa tin tebuk paku letak lilin ala - ala torchlight di tangan. wah kreatif nya aku. suara Fahran menjerit terlolong, "Farhan jangan Bising nanti setan kacau" Farhan masih degil, tiba - tiba BOOKKKKKKK.. sesuatu berbunyi di belakang " kakkkkkkk!!!" itu suara farhan. Farhan terjatuh dalam longkang besar, ya tuhan luka kaki Farhan habis la aku. bisik hati kecil ku. kami pun bergegas balik kerumah dan menampal luka yang ada pada kaki Farhan.
Papa balik rumah dengan muka yang marah.. aku pelan - pelan memberitahu papa, " Pa, Farhan jatuh..." papa tanpa berfikir panjang langsung mengangkat dengan menarik rambut.. lalu kepala ku di hantak ke dinding. tanpa di sedari, kepala ku berdarah. Mama pula masih sibuk berjualan dan tak sedar apa yang berlaku. aku sudah duduk di pinggir pintu melihat darah jatuh ke lantai. "Maaf Pa, sakitttt" sekali lagi hinggap tamparan di muka. kali ini mulut ku pula berdarah. aku tak faham kenapa Papa buat ini. aku masih budak yang berumur 7 tahun.
Hari makin lama makin panjang, papa jarang balik rumah, Nenak Bayah yang temani kami sementara Mama lagi sibuk cari duit. nenak bayah langsung tak sayang huda dan adik - adik. nenek bayah mahu papa kawin lain . Huda tak mengerti kenapa? Mama pula balik dengan mata yang bergenangan. aku langsung mendekati mama. Mama sibuk melipat kain dan jarang bersuara. waktu itu sangat tegang. Nenek bayah sering cari salah . Oh mama orang dagang , merantau tempat orang . kawin bukan bangsa sendiri.. itulah Nenek Bayah tak suka sama mama.".... tapi mama sabar ya, huda kan ada" pujuk aku.