Air mataku belum kering lagi sejak semalam, tapi kelibat Albert membuatkan aku tersenyum bahagia, rupanya dia juga penuntut di kolej ini, nampaknya semua sedang di atur tuhan. adakah aku berjodoh dengannya, Tiba - tiba hp ku berkelip kelip.. ada pesanan ringkas di terima oleh Papa bahawa barang ku telah sampai di pejabat selia kolej, tanpa membuang masa aku bergegas ke sana untuk mendapatkan kiriman dari papa. tiba saja aku di pintu pejabat kerani itu menghulurkan aku sebuah kotak yang agak besar " Huda ke?" tanya kerani itu " ini barang kamu yea , sila sain di sini " pesan nya. tanpa berlengah masa aku pun menandatangani notis terima tersebut dan terus ku bawa ke bilik asrama. Perasaan gembira berbaur sedih kerana kerinduan pada ahli keluarga .
Penat asyik berjalan, telepon ku berdering, nombor +60165895874 yang keluar. nombor siapa agaknya, aku mengangkat panggilan itu dan tiada satu suara pun yang keluar dari corong telepon itu. malas melayan panggilan misteri tak bersuara aku endahkan saja dan sibuk membuka kotak kiriman dari papa. rupa - rupanya bukan barang saja yang di kirimkan kepadaku , malah sepucuk surat yang agak panjang juga pengisiannya lalu ku titip satu persatu hingga tiba satu peranggan "..... adik farhan telah kembali ke rahmatullah pada ..... " terus tidak semana - mana segala sendiku lumpuh dan tak berdaya.. "Innalillahwainnalillahirojiun" mulutku menyebut serentak mengalir air mataku membasahi pipi dan surat yang papa kirimkan turut basah kerana terkena dak air mata . Selama ini Mama dan Papa tidak pernah berkata Farhan sakit, patut juga Farhan tak banyak berbicara. "adikku Farhan cepatnya kau kembali dek, tak sempat kakak membahagiakanmu, semoga roh mu di cucuri rahmat.
Selesai sahaja aku menunaikan solat fardhu Zohor, aku mendapatkan telepon bimbit berisi gambar farhan dan Sheila , "sekarang aku cuma ada sheila, cuma sheila .." tanggis ku sendirian. " Asalamualaikum..." sahut Sopi di luar bilik ku, " waalaikumsalam.. ya Sopi kenapa ya?" ; tak sempat Sopi membuka mulutnya Sopi memelukku erat. "kenapa Huda bengkak mata nih?" tanya Sopi. aku pun terus memberi berita dari kampung dan Sopi turut bersimpati dengan apa yang terjadi dengan adik Farhan. Ini dugaan tuhan buatku dan aku tahu walau berat macam manapun. setiap yang hidup tetap mengadap Illahi.
Ku belek - belek barang yang baru sampai pagi tadi dari Papa. dan macam - macam yang di kirimkan kepadaku, nampaknya Papa sedaya upaya melengkapkan keperluan untuk ku di sini. pastinya bukan mudah untuk dia juga Mama apatah lagi sudah perginya adik Farhan.
aku menutup kotak - kotak barang yang di beri oleh Papa. dan melihat skrin telepon dengan nombor +60165895874 yang memanggil ku tanpa berbicara. suasana misteri menerkam suasana di bilik ku dan Sopi pula duduk membantuku dan mengemas barang - barang kiriman papa.
perasaan dan kehilangan Farhan buat aku tak berdaya, " aku tak ada mood mo ke kelas hari ini Sopi, ko ok ka?" tanya ku ke Sopi. Sopi mengangguk faham dan berkata " aku beri kau masa Huda.. semuanya akanbaik - baik saja". Sopi pun berlalu meninggalkan ku di bilik untuk memberi aku ruang berfikir dan bertawakal.
Herlina sedang membaca novel di ruang sudut perpustakaan, melihat akan herlina yang leka membaca itu, Suhaimi datang mendekati dan duduk di sebelah herlina sambil memimpin tangan herlina, " Maafkan aku Her, aku keliru dan Huda itu cuma rakan sekelas ku waktu di tingkatan dulu, aku harap kau mengerti " ujar suhaimi, mata Herlina menjeling ke arah Suhaimi tanda menyampah dengan lelaki itu. " kau nak apa?" tanya herlina.. ; " aku nak kau cintakan aku seperti mula - mula kita berkenalan, cinta kau yang tak berbelah bahagi tu.." pinta suhaimi , " Mie, aku nak waktu.. dan please jangan ganggu aku, aku layan novel ni 100 x best dari sandiwara ko yang ada siaran asyik berulang macam astro tu" hujah Herlina. Malu suhaimi bukan kepalang lagi, Suhaimie menarik tangan herlina ke tengah perpustakaan dan ... Chupppp.. satu ciuman hinggap di bibir perempuan degil itu. Herlina yang bagai tidak percaya apa yang sedang terkaku dan Suhaimi pula cuba membuktikan cintanya kepada Herlina dengan melakukan aksi Hollywood dihadapan ramai orang lalu Suhaimi mendapatkan perhatian orang ramai dengan memberitahu bahawa dia tergila - gilakan Herlina. Herlina masih kaku seperti kerbau di tarik hidung sejak mendapat bukti cinta dari Suhaimi. kebodohan Herlina sudah tidak terbendung dan Suhaimi pula sudah pandai mengorak langkah selanjutnya..
Jam sudah menunjukkan pukul 0700 petang waktu di kajang. dan seperti biasa acara bermain bola sepak di padang masih berlangsung dan Albert juga masih berada di atas padang. hari ni aku dan tak semangat melihat Albert .. aku tahu aku sudah mulai ada bibit perasaan untuk Albert. aku tak mahu memulai hubungan apatah lagi meluah perasaan terhadap Albert. sedang adikku Farhan masih belum pecah mata di dalam kubur.. aku tak mahu gembira dan seronok untuk meraikan cinta.. walhal adikku farhan baru kembali kepada Tuhan. Nombor telepon +60165895874 masih menjadi persoalan, siapakah pemilik nombor ini, padahal dia aku tak pernah memberi nombor ku pada sesiapa yang tak di kenali, selain pensyarah, mama papa, sheila dan Sopi .