Episod 11 ~ Jawapan di persimpangan

Kali ini aku Huda menarik nafas panjang dan menguatkan semangat demi masa depan aku, papa, mama dan sheila. kali ini juga tiada siapa yang boleh menghalang aku untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.. untuk Farhan juga semoga kau bersemadi di sana bersama dengan orang - orang yang beriman dan di kasihi Tuhan. aku mempersiap diri dengan semangat baru menuju ke medan kuliah, sedar tak sedar sudah masuk penggal ke tiga aku di kolej ini, budak budak baru pun ramai. Pensyarah aku Cik Liza meminta aku untuk menjadi Fasilatator, tapi aku tak seperti Sopi, Sopi garang dan dalam garang ada lembutnya dan aku bukan seperti Sopi.. lembut terus. " Maafkan saya Cik Liza, saya tidak dapat memikul tanggungjawab ini" ujarku pada Cik Liza ; " tak mengapalah Huda, Sabrina akan menganti tempat kamu" balas Cik Liza , patutlah  kelibat Sabrina kelihatan di dewan pelajar pagi tadi. ",. dia hendak jadi Fasi rupanya.." bisik hati kecil ku.
Albert berjalan menuju ke pentas dan mengangkat baton untuk acara selanjutnya,, matanya memandang ke arahku sambil tersenyum simpul, aku pula dah jadi tak tentu arah "eh senyum pula mamat ni kat aku" bisik aku lagi. Selesai dari perhimpunan tadi aku jadi sangat letih, duduk dekat dengan kolam renang yang hampir dengan pejabat pensyarah . aku rendamkan kaki hingga ke paras betis.. fuhh leganya dan nikmatnya merasa suam sejuk air kolam mandi itu. Tiba - tiba terasa kehadiran seseorang di belakangku dan... "Huda.. apa khabar, lama tak jumpakan?" katanya padaku. "aku baik saja Al, kau kenapa di sini ? tak takut kalau kalau ada ..." ; "ishh tiada lah Huda, i am not taken yet" ujar Albert memintas persoalanku. aku senang mendengar jawapannya, dalam hati tuhan saja tahu jantung ku bagai nak keluar dari ragaku. " dah masuk penggal tiga baru nampak Huda, Huda bila masuk? albert bertanya lagi . " Albert aku pun dah masuk penggal ke 3 kau saja tidak perasan, kau ambil bidang apa? " ; " aku ambil bidang interior design & architect, "wah sakit otak juga tu" aku pula memintas bicaranya. sambil tersenyum aku terpaksa meminta diri untuk kembali ke kelas, bukan kerana masa telah tamat tapi aku takut kalau kalau Albert dapat menghidu perasaan ku padanya yang sikit lagi tidak terkawal.

Ntah kenapa Sabrina jadi rapat dengan aku, perempuan itu sering hendak berdampingan denganku walau kemana pun kami pergi , kami jadi kawan sejak Herlina hilang tak terkesan . Mungkin juga ada yang telah berlaku , ingatan ku terhadap Herlina ku biarkan berlalu ,  Sabrina menghulur keropok di tangan sambil ketawa berdekah dekah di hadapan screen monitor. apa yang lucu sangat agaknya? malas juga aku hendak ambil tahu, kisah cintanya dengan Ashraf suatu masa dulu yang cukup panas pun telah lesap di tiup angin bayu, bagaimana geranagan orang yang bernama Ashraf pun tiada siapa yang tahu. satu perkataan yang Sabrina beritahu pada aku yang Ashraf tu "Dayus" , Sabrina tidak mahu memanjangkan sejarah cintanya kepada ku padahal aku yang jadi sangsi dengan orang yang bernama Ashraf ini tidak hilang dari ingatan.
"Petang ni kau Free tak Huda?" tanya Sabrina " aku On ba. janji ko belanja arr" gurau aku pada sabrina
Sabrina jadi tertawa dengan respon ku yang masih pelat sabahan. " Ok ba Ok ba hahaha" balas sabrina tertawa sambil mengujuk kata - kata ku.

SMS di terima berbunyi " Salam Huda, dari hari itu aku jumpa kau di kolam renang , aku rasa wujud sayang padamu, andai kata kau menerima aku, datang la ke cafe jam 0830Pm malam ini. harap kau tidak kecewakan aku ya,  salam sayang -AL- " dan aku jadi terkejut menerima SMS berbaur cinta dari Albert, ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga inginkan aku jadi kekasih hatinya. perasaanku bagaikan bunga bunga cinta.. yang buat aku tersenyum sepanjang hari tak ubah seperti kerang busuk. aku menelah buku - buku dan tak putus - putus aku melihat SMS darinya, betul la aku angau. dan dalam angau pun aku tak mahu lupa dengan pengajian ku di sini. harapan ku Albert dapat memimpinku di Kolej ni bila aku dan dia benar2 di ikat sebagai pasangan kekasih . Siapa saja tidak jadi gila memandang chinese look Albert yang sekian mata bundarnya seakan - akan pelakon Korea. seluruh pelajar mengilainya termasuklah aku. dan aku rasakan betapa bertuahnya bila dapat mendekatinya Albert ku sayang .. "HEHEEHEHE" aku ketawa sendirian kali ini dengan suara yang lantang.. Masyaallah..

dengan berpakaian serba kuning, aku menuju ke ruang makan. sabrina yang sudah jadi roomate aku tu pun tak ubah seperti mak andam, " haha tengah di lamun asmara ke cik Huda kita ni " ujar Sabrina spontan. "yaka?" aku cuba menafikan. tapi aku tahu Sabrina lebih berpengalaman tentang cinta. pasti saja dia orang pertama dapat melihat kegilaan ku di bilik ini. "assignment jangan lupa kasi siap ya Huda , jangan kerana cinta Assignment tergendala, aku dah tak mau repeat " ujar Sabrina. "jangan susah la,nanti saya kasi siap" balas ku . Setibanya di Cafe , dengan langkah yang serba salah , Albert membuka bangku untuk aku duduk , "sungguh gentlemen juga dia ni" hatiku berbisik , Tangab Albert merapati jari jemari ku dan aku pula menarik tangan ke belakang, agak sukar untuk mempercayai apa yang sedang berlaku, bijak nya Albert memberiku seutas gelang tangan tanda hubungan kami, " dia menanya sama ada aku menerima cintany atau dan aku langsung tunduk Malu, muka ku jelas menunjukan bahawa hatiku memang miliknya, lalu aku meminta Albert untukmenjaga ku " AL, Peliharalah Huda seperti adikmu Al" Albert memahami maksudku tidak menyentuhku tapi siap menyediakan kuntuman bunga s ebagai lambang cinta. Mulai esok kami lah jadi Headlines di bibir2 pelajar kolej. Biarkan saja.. sebab satu hari nanti mulut mereka akan terhenti juga.