SESI HOT SHOT WATAK WATAK DALAM "TENTANG HUDA" 1 (Recap)

Nurul Huda, watak utrama dalam kisah ini. gadis yang penuh dengan cita - cita dan harapan untuk mengubah kehidupan demi keluarganya. Nurul Huda atau Huda sangat di cemburi kerana di anugerahkan sifat yang baik dan terpuji juga paras yang cantik. sesiapapun akan mencemburuinya..  siapakah yang akan memiliki gadis ini, berjayakah Nurul Huda melepasi Dugaan demi dugaan.. kita nantikan ...
Dia sebenarnya seorang wanita tetapi penuh kelakian, nama beliau ialah Uja Sofia tapi mahu di gelar sebagai SOPI, sikapnya yang terlalu perihatin terhadap Huda membuatkan orang sekeliling mencemburuinya. terutamanya Sabrina merangkap rakan dari kecil dan mempunyai kenangan lama yang sukar di lupakan . 
Herlina, wanita yang tiada pendirian dan mencintai Suhaimie, seorang anak orang kaya yang degil, hatinyamudah di permainkan dan sangat tidak menyukai Nurul Huda kerana menganggap Nurul Huda mengoda semua lelaki . Herlina juga wanita yang cenderung bersosial 
Sabrina sahabat baik kepada Herlina dan kemudiannya berpaling arah kepada Huda, juga bekas kekasih kepada Albert atau Ashraf, dalam Plot pertama, Sabrina hanya mengenali Albert sebagai Ashraf. dan Sabrina juga berperwatakan talam 2 muka dalam kisah ini.
Watak ini pula di pegang oleh seorang pemburu cinta yang bernama Suhaimie, lelaki yang di kenalinya dari bangku sekolah. seorang yang romantik dan suka memainkan perasaan wanita tapi tidak kepada Huda, apa kah yang di mahukan lelaki ini? kita cedok cerita ini selanjutnya.

Albert atau Ashraf dalam kisah tentang nurul huda , dia adalah kawan baik kepada abdul Mutalib dan bekas kekasih kepada Sabrina  juga sepupu kepada Florence rakan baik Nurul Huda , seorang yang agak Low profile tapi sangat Misteri orangnya. Mulai menunjukan bibit cinta dan mengoncang hati Huda , dapatkah dia memiliki Huda? tungguuuu <3 <3